Skip to main content
Sarawak : Bantuan Bekas Pesakit

Klien sediada, Pemohon merupakan warganegara Malaysia, berasal dari Sarawak dan bermastautin di Sarawak

Syarat kelayakan adalah seperti berikut: 

a) Pemohon merupakan warganegara Malaysia, berasal dari Sarawak dan bermastautin di Sarawak; 

b) Pendapatan isi rumah pemohon tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu RM990.00 atau Per Kapita RM240.00; dan 

c) Individu atau keluarga yang merupakan bekas pesakit yang keluar dari hospital kerajaan untuk menampung kos makan minum, penginapan, pengangkutan selepas keluar dari hospital.

a) Tambang pengangkutan (kadar sebenar) 

b) Elaun menunggu RM5.00 sehari (maksimum 10 hari)

Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS)

Keterangan

Membantu pesakit dan seorang pengiring yang memerlukan bantuan segera untuk menampung kos makan minum, penginapan, pengangkutan selepas keluar dari hospital melalui pemberian bantuan kewangan.

Objektif

Membantu pesakit dan seorang pengiring yang memerlukan bantuan segera untuk menampung kos makan minum, penginapan, pengangkutan selepas keluar dari hospital melalui pemberian bantuan kewangan.

Tatacara Permohonan

a) Salinan Kad Pengenalan; 

b) Surat Pengesahan/ Nota Discaj dari Hospital; dan 

c) Pemohon mengisi dengan lengkap Borang Permohonan JKMS/BS/BBP/1/2024.

Kembali