Bantuan Ibu Bersalin (BIB) berjumlah RM450.00 berbentuk tunai kepada setiap ibu yang melahirkan anak bermula 1 Januari 2020 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.
Ibu bersalin di Sarawak berstatus K
(i) Ibu pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection);
(ii) Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak; dan
(iii) Usia kandungan telah mencapai 22 minggu dan ke atas.
RM450 dalam bentuk tunai
Q1: Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon Bantuan Ibu Bersalin (BIB)?
A1:
(i) Salinan Kad Pengenalan/Pasport Pemohon (Depan dan Belakang);
(ii) Salinan Kad Pengenalan/Pasport Suami/Penjaga (Depan dan Belakang);
(iii) Salinan Sijil Perkahwinan Sekiranya Pemohon Bukan Berstatus ‘K’;
(iv) Salinan Buku Kesihatan Ibu Mengandung (Muka Hadapan);
(v) Salinan Muka Hadapan Buku Akaun atau Penyata Akaun Pemohon;
(vi) Salian Nota Discaj atau Sijil Lahir Bayi atau Surat Pengesahan Doktor
Q2: Adakah saya masih layak untuk menerima Bantuan Ibu Bersalin (BIB) sekiranya saya mengalami keguguran?
A2: Pemohon adalah layak mendapat Bantuan Ibu Bersalin (BIB) sekiranya usia kandungan telah mencapai 22 minggu dan ke atas serta mempunyai pengesahan daripada pegawai perubatan.
Q3: Sekiranya saya mengalami keguguran pada usia kandungan 1 bulan, adakah saya layak untuk mendapat BIB?
A3: Tidak layak kerana usia kandungan anda tidak mencapai 22 minggu dan ke atas.
Q4: Sekiranya bayi saya meninggal dunia semasa atau selepas bersalin, adakah saya layak untuk mendapat Bantuan Ibu Bersalin (BIB)?
A4: Ya, anda layak untuk menerima Bantuan Ibu Bersalin (BIB) sekiranya usia kandungan telah mencapai 22 minggu dan ke atas serta mempunyai pengesahan daripada pegawai perubatan.
Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak
1. meringankan beban dari segi kewangan kepada ibu yang baru bersalin dalam penyediaan keperluan selepas melahirkan anak
2. membantu ibu dalam pemakanan sihat serta penjagaan diri semasa tempoh berpantang
Permohonan bagi BIB boleh dibuat melalui kaedah berikut:
(i) Online iSarawakCare di pautan http://isarawakcare.sarawak.gov.my atau
(ii) Manual di Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian atau Daerah di Sarawak, Pejabat Daerah di Sarawak; atau Pejabat Urus Setia BIB, KPWK (Kuching, Sarawak sahaja)