Endowment Fund Sarawak (EFS) sebanyak RM1,000 berbentuk simpanan kepada setiap kelahiran anak Sarawak, bermula tahun 2019 tanpa mengira bangsa, agama ataupun status sosio-ekonomi. EFS ini hanya boleh dikeluarkan apabila anak tersebut mencapai usia lapan belas (18) tahun.
Kanak-kanak
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak;
(iii) Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa pemegang MyKad Sarawak berstatus ‘K’; dan
(iv) Tempoh permohonan adalah sehingga satu (1) tahun daripada tarikh kelahiran bayi.
(v) Bagi kategori anak angkat:
(a) Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat pemegang MyKad Sarawak berstatus ‘K’;
(b) Mempunyai Sijil Pengangkatan Anak yang sah.
RM1,000 dalam bentuk simpanan
Q1: Adakah saya dibenarkan untuk mengeluarkan Endowment Fund Sarawak (EFS) setelah mendaftar?
A1: Tidak dibenarkan. Pengeluaran Endowment Fund Sarawak (EFS) hanya boleh dilakukan apabila kanak-kanak tersebut mencapai umur 18 tahun.
Q2: Bagaimanakah cara untuk memohon Endowment Fund Sarawak (EFS)?
A2: Pemohonan boleh dibuat di kesemua 49 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak dengan membawa borang permohonan EFS yang disertakan dengan dokumen yang lengkap seperti salinan Kad Pengenalan ibu bapa dan salinan Sijil Lahir Bayi.
Q3: Adakah saya boleh menambah simpanan ke dalam akaun Endowment Fund Sarawak (EFS) tersebut dari semasa ke semasa sebelum anak saya mencapai umur 18 tahun?
A3: Tidak dibenarkan. Ini kerana akaun Endowment Fund Sarawak (EFS) adalah berbentuk akaun amanah (Trust Account).
Q4: Apakah prosedur yang diperlukan untuk mengeluarkan Endowment Fund Sarawak (EFS) setelah anak saya mencecah umur 18 tahun?
A4: Apabila penerima atau akaun telah genap 18 tahun, penerima boleh mengeluarkan Endowment Fund Sarawak (EFS) dengan mengemukakan MyKad di cawangan Bank Islam yang berdekatan.
Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak
1. Membiayai persiapan awal kemasukan anak-anak ke institusi pengajian tinggi; atau
2. Sebagai capital grant untuk memulakan kerjaya.
(i) Permohonan hanya boleh dibuat melalui kaedah manual menggunakan borang permohonan yang boleh muat turun di pautan http://bit.ly/borangefs2025 bagi kelahiran bermula 1 Januari 2025 sahaja.
(ii) Pemohon wajib hadir secara fizikal ke cawangan JPN untuk memohon EFS. Wakil kepada pemohon tidak dibenarkan untuk memohon EFS sama sekali.
(iii) Pemohon dari luar Sarawak hendaklah mendapat pengesahan daripada pegawai di cawangan JPN terdekat atau Pejabat Kedutaan Malaysia (bagi kes luar negara) sebelum borang dan dokumen sokongan dikemukakan kepada Ibu Pejabat JPN Sarawak.