Biasiswa ini telah diperkenalkan pada tahun 2005 sebagai suatu usaha bagi meningkatkan kecemerlangan sukan dalam kalangan murid di bawah Program Pembangunan Sukan sekolah. Ia merupakan suatu galakan kepada murid supaya bersungguh-sungguh untuk mencapai prestasi yang tinggi di dalam bidang sukan.
Murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) atau Kolej Vokasional atau Sekolah Sukan Malaysia
1. Murid warganegara Malaysia.
2. Tingkatan 1 hingga 5 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) atau Kolej Vokasional (KV) atau Sekolah Sukan Malaysia (SSM).
3. Cemerlang dalam jenis-jenis sukan tertentu dengan sekurang-kurangnya mewakili negeri di peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).
4. Keutamaan kepada murid yang terllibat dalam program Sukan Prestasi Tinggi dan sukan-sukan lain yang diputuskan oleh KPM.
5. Tidak menerima sebarang biasiswa atau elaun/ insentif kewangan lain daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 : RM 840
Tingkatan 5 : RM770
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.moe.gov.my/biasiswa-sukan-bs
- Kementerian Pendidikan
Bagi meningkatkan kecemerlangan sukan dalam kalangan murid di bawah Program Pembangunan Sukan sekolah