Skip to main content
Program Unit Penyayang Warga Emas (UPWE)

Warga Emas 

Warga Emas Yang Tinggal Berseorangan Atau Dengan Keluarga Yang Kurang Kemampuan

Terdapat 9 buah kenderaan yang ditempatkan di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Tiada bayaran dikenakan untuk menggunakan perkhidmatan ini. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.jkm.gov.my . Warga emas perlu menghubungi Pertubuhan Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia (MPKSM)/ mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berkaitan bagi mendapatkan perkhidmatan ini.

  1. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)
  2. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  3. Pertubuhan Sukarela Kebajikan Yang Melaksanakan UPWE - Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia (MPKSM)
Keterangan
  1. Program Unit Penyayang Warga Emas (UPWE) menyediakan kemudahan pengangkutan percuma kepada warga emas, sama ada yang sihat atau kurang upaya, untuk mendapatkan pemeriksaan serta rawatan kesihatan di hospital atau klinik kerajaan dan swasta. Selain itu, perkhidmatan ini juga boleh digunakan untuk urusan sokongan sosial seperti ke pejabat pos, bank dan sebagainya.
  2. Buat masa ini, terdapat 9 buah kenderaan UPWE yang ditempatkan di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Warga emas yang ingin menggunakan perkhidmatan ini boleh menghubungi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) atau Rumah Sejahtera berdekatan.
  3. UPWE sangat penting terutamanya bagi warga emas yang tinggal bersendirian dan tidak mempunyai akses pengangkutan sendiri. Program ini membantu mengurangkan kesulitan mobiliti, di samping memastikan warga emas dapat menjalani rawatan secara berkala serta mengekalkan kesihatan mereka.
Objektif
  1. Memberi kemudahan pengangkutan kepada warga emas untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan di Hospital / Klinik Kesihatan serta keperluan sosial warga emas yang difikirkan perlu / rasional;
  2. Meringankan beban tanggungan kos pengangkutan bagi warga emas yang memerlukan perkhidmatan tersebut;
  3. Menggerakkan kerjasama Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) dalam usaha membantu golongan warga emas yang tidak berkemampuan dan tidak mampu menguruskan kehidupan tua mereka;
  4. Meningkatkan aksesibiliti warga emas terhadap kemudahan-kemudahan awam yang disediakan khususnya kemudahan perubatan; dan
  5. Memberi kemudahan kepada warga emas yang mempunyai masalah kurang upaya fizikal dan mental yang menghadkan pergerakan mereka untuk mendapatkan rawatan dan perkhidmatan lain yang diperlukan demi kesejahteraan mereka.
Tatacara Permohonan
  1. Pemohon perlu melengkapkan borang permohonan yang boleh diperoleh di Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri. Selepas itu, pihak JKM akan membuat penilaian serta mengatur pengangkutan dan rawatan yang diperlukan
  2. Permohonan juga boleh dibuat secara atas talian melalui Portal e-Warga Emas
Kembali